Tuesday, 17 April 2012

Tips : DIY pewangi bilik sendiri

Bagaimana untuk membuang bau yang kurang menyenangkan di rumah kita, penyelesaiannya mudah. Cuba gunakan petua ini  dimana ianya lebih berguna dan menjimatkan wang.

Ketika waktu hujan, lazimnya rumah kita sentiasa tertutup. Ini menggalakkan pengaliran udara di rumah tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, untuk menyegarkan udara rumah semula, anda boleh membuat sendiri air pewangi.

Ambil 2 stik kayu vanilla dan masukkan ke dalam mangkuk, kemudian masukkan alcohol seperti spirit sehingga vanilla itu tenggelam dan biarkan ia begitu sehingga tiga hari. Selepas itu, keluarkan stik vanilla tersebut dan masukkan cecair rendaman itu ke dalam botol penyembur. Masukkan sedikit air untuk mencairkan cecair itu. Akhir sekali, semburkan seluruh rumah anda dengan pewangi itu... Selesai... :)  


No comments: