Monday, 16 April 2012

Info : Tembikai Menggantikan Viagra

Memandangkan kat pasaraya kita sentiasa ada jual stok tembikai. Apa kata kita start makan tembikai. Ini kerana, bagi individu yang menghadapi masalah seksual, dengan memakan potongan tembikai segar dan sejuk, ia mampu memberikan efek yang setara dengan ubat viagra. Ia juga adalah lebih bagus kerana ianya semulajadi.

Beberapa potong tembikai segar boleh menyembuhkan impotensi lelaki kerana potongan tembikai tersebut mengandungi citrulline yang mana membantu merangsang penghasilan kimia badan dimana ia berfungsi untuk membantu menenangkan saluran darah seperti mana pil viagra berfungsi. Citrulline juga boleh memberikan kesan positif kepada jantung, peredaran darah dan juga daya tahan badan.

Memandangkan ianya semulajadi, maka ianya tiada kesan sampingan sehingga dilaporkan kini.Tembikai juga boleh membantu melegakan sakit tekak, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit berkaitan kardiovaskular.

Untuk pengetahuan, tembikai mengandungi 60% citrulline. Untuk menenangkan peredaran darah badan sekurang kurangnya individu tersebut perlu memakan 6 potongan tembikai.

No comments: