Showing posts with label perutusan tetikus. Show all posts
Showing posts with label perutusan tetikus. Show all posts

Monday, 16 April 2012

Info : Tembikai Menggantikan Viagra

Memandangkan kat pasaraya kita sentiasa ada jual stok tembikai. Apa kata kita start makan tembikai. Ini kerana, bagi individu yang menghadapi masalah seksual, dengan memakan potongan tembikai segar dan sejuk, ia mampu memberikan efek yang setara dengan ubat viagra. Ia juga adalah lebih bagus kerana ianya semulajadi.

Beberapa potong tembikai segar boleh menyembuhkan impotensi lelaki kerana potongan tembikai tersebut mengandungi citrulline yang mana membantu merangsang penghasilan kimia badan dimana ia berfungsi untuk membantu menenangkan saluran darah seperti mana pil viagra berfungsi. Citrulline juga boleh memberikan kesan positif kepada jantung, peredaran darah dan juga daya tahan badan.

Memandangkan ianya semulajadi, maka ianya tiada kesan sampingan sehingga dilaporkan kini.Tembikai juga boleh membantu melegakan sakit tekak, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit berkaitan kardiovaskular.

Untuk pengetahuan, tembikai mengandungi 60% citrulline. Untuk menenangkan peredaran darah badan sekurang kurangnya individu tersebut perlu memakan 6 potongan tembikai.

Thursday, 12 April 2012

Meme Comic : Kenapa kita perlu PTPTN

Why... why... why... Segalanya sudah terjawab. Mmmm.... problemnya skrg... moneynya tak pernah more... so macam mana mau bayar... sila pikir.. sila pikir...

Aku!
Dah bayar... siap buat potongan gaji lagi.. Dengar citer diorang nak kaji balik kadar interest ngan kos pentadbiran balik. Im looking forward for that... hope something better will happen... :)

Tuesday, 10 April 2012

Berita : CT Scan bahaya kepada orang gemuk

Untuk mendapatkan gambar yang jelas paparan CT scan individu obes, pakar radiologi perlu meningkatkan kuasa x-ray berdasarkan berat individu tersebut. Persoalannya, adakah ia merbahaya kepada kesihatan individu tersebut. 
Berdasarkan kajian penyelidik dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York. Peratusan dedahan radiasi CT scan kepada organ individu  obes adalah  sebanyak 62 peratus lebih berbanding dengan individu berat normal.

CT scan sedikit sebanyak boleh meningkatkan peluang individu obes tersebut membentuk penyakit kanser pada tubuhnya. Walaubagaimanapun risiko itu dikatakan kecil berbanding kelebihan kegunaan CT scan kepada dunia perubatan.

Journal reference: Physics in Medicine and Biology

Saturday, 7 April 2012

Salam Tetikus

Korang agak-agak macam mana la tetikus nak bersalam? Aku tengah cari idea ni... susah jugak nak pikir secara kreatif. Harap harap keluar la idea dari otak kecik aku ni...

Keluar! keluar! keluar! la ideaaa.....

Mmm... nak guna bunyi cam klik! klik! ker atau bunyi cip! cip!

Kalau korang ada idea, sudi sudi la share.. :)