Tuesday, 10 April 2012

Berita : CT Scan bahaya kepada orang gemuk

Untuk mendapatkan gambar yang jelas paparan CT scan individu obes, pakar radiologi perlu meningkatkan kuasa x-ray berdasarkan berat individu tersebut. Persoalannya, adakah ia merbahaya kepada kesihatan individu tersebut. 
Berdasarkan kajian penyelidik dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York. Peratusan dedahan radiasi CT scan kepada organ individu  obes adalah  sebanyak 62 peratus lebih berbanding dengan individu berat normal.

CT scan sedikit sebanyak boleh meningkatkan peluang individu obes tersebut membentuk penyakit kanser pada tubuhnya. Walaubagaimanapun risiko itu dikatakan kecil berbanding kelebihan kegunaan CT scan kepada dunia perubatan.

Journal reference: Physics in Medicine and Biology

No comments: