Tuesday, 17 April 2012
Tips : DIY pewangi bilik sendiri
Bagaimana untuk membuang bau yang kurang menyenangkan di rumah kita, penyelesaiannya mudah. Cuba gunakan petua ini dimana ianya lebih berguna dan menjimatkan wang.
Ketika waktu hujan, lazimnya rumah kita sentiasa tertutup. Ini menggalakkan pengaliran udara di rumah tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, untuk menyegarkan udara rumah semula, anda boleh membuat sendiri air pewangi.
Ambil 2 stik kayu vanilla dan masukkan ke dalam mangkuk, kemudian masukkan alcohol seperti spirit sehingga vanilla itu tenggelam dan biarkan ia begitu sehingga tiga hari. Selepas itu, keluarkan stik vanilla tersebut dan masukkan cecair rendaman itu ke dalam botol penyembur. Masukkan sedikit air untuk mencairkan cecair itu. Akhir sekali, semburkan seluruh rumah anda dengan pewangi itu... Selesai... :)
Monday, 16 April 2012
Info : Tembikai Menggantikan Viagra
Memandangkan kat pasaraya kita sentiasa ada jual stok tembikai. Apa kata kita start makan tembikai. Ini kerana, bagi individu yang menghadapi masalah seksual, dengan memakan potongan tembikai segar dan sejuk, ia mampu memberikan efek yang setara dengan ubat viagra. Ia juga adalah lebih bagus kerana ianya semulajadi.
Beberapa potong tembikai segar boleh menyembuhkan impotensi lelaki kerana potongan tembikai tersebut mengandungi citrulline yang mana membantu merangsang penghasilan kimia badan dimana ia berfungsi untuk membantu menenangkan saluran darah seperti mana pil viagra berfungsi. Citrulline juga boleh memberikan kesan positif kepada jantung, peredaran darah dan juga daya tahan badan.
Memandangkan ianya semulajadi, maka ianya tiada kesan sampingan sehingga dilaporkan kini.Tembikai juga boleh membantu melegakan sakit tekak, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit berkaitan kardiovaskular.
Untuk pengetahuan, tembikai mengandungi 60% citrulline. Untuk menenangkan peredaran darah badan sekurang kurangnya individu tersebut perlu memakan 6 potongan tembikai.
Subscribe to:
Posts (Atom)




